Hari Raya Aidiladha, Korban
Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut sederhana. Selesai sahaja solat sunat Hari Raya, kami sekeluarga terus bersiap-siap untuk penyembelihan binatang korban. Saya kongsikan sedikit gambar tentang penyembelihan binatang korban pagi tadi.
Berusaha. Merebahkan lembu korban untuk disembelih memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ia dilakukan dengan bergembeling tenaga untuk memastikan lembu tersebut berada di tempat yang sepatutnya
Teliti. Melapah kulit dan daging lembu juga memerlukan ketelitian dan kesabaran. Ianya bukanlah tugas mudah seperti yang kita lihat.
Tajam. Pisau yang tajam boleh mempercepatkan proses melapah kulit dan daging lembu. Pastinya ianya bukan satu tugas yang mudah.
Siap. Destinasi terakhir daging korban ialah golongan yang memerlukan. Daging yang telah siap diagih akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.
Bersedia. Cermat dalam meneliti senarai penerima daging korban. Satu lagi contoh bagaimana Islam mengajar kita untuk bersedekah dan ibadat korban ini adalah ibadat yang Allah segerakan pahalanya.
Like this:
Like Loading...