Sukan Sekolah in Black & White
Salam Sejahtera.
Kali ini saya ingin berkongsikan gambar-gambar yang saya rakamkan tahun lepas tentang Sukan Sekolah di SK Selepong, Sri Aman. Sukan tahunan ini memang meriah dengan kehadiran ibu bapa, pemimpin kampung, warga rumah panjang dan penduduk sekitar sekolah. Pelabgai acara telah dijalankan yang melibatkan murid sekolah dan acara bersama penduduk kampung.
Untuk koleksi hitam putih kali ini, saya merakamkan semua gambar menggunakan Nikon D700 dengan sebuah 50mm f1.8. Saya sengaja menggunakan lens ini kerana ia memberikan saya ruang / angle seperti mata kasar kita. Jadi saya tidak perlu risau untuk memikirkan tentang focal length yang perlu digunakan, sebaliknya hanya membuat komposisi apabila terdapat moment penting berlaku di depan mata saya.
Imej hitam putih kali ini saya pilih untuk memberi gambaran tentang pengaruh imej jenis ini dalam menceritakan tentang sesuatu perkara. Kita lebih fokus dengan watak yang dipaparkan dan memberikan impak emosi yang mendalam kepada audien.
Terima kasih

Tiap sampai pecah. Fokus dengan belon sehingga ianya pecah. Acara murid pra-sekolah yang menyebabkan ibu bapa mereka menjerit dengan sekuat hati memberi sokongan kepada anak mereka.

Bangga. Anak-anak kecil ini mendapat penghargaan atas usaha keras mereka dalam acara larian. Ia juga boleh mendorong kepada semangat juang dalam akademik.

Fokus dan menghiburkan. Acara lari 50m oleh ibu bapa sentiasa menjadi acara yang ditunggu-tunggu menjelang sukan sekolah.

Sabar menunggu. Walapun di bawah terik matahari, kedua-dua ibu ini tetap setia memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka.

Menunggu. Beatrice Batha, 9, bersedia menunggu giliran untuk acara larian sukan sekolah.

Bersemangat. Ibu-ibu kepada pelajar sekolah, merupakan ahli PIBG yang berganding bahu bersama memeriahkan acara tarik tali. Sukan ini bukan sekadar mengukur kekuatan malah mampu mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa.

Minat membaca. Yuricko, 8, sempat membelek bukunya walaupun ditengah-tengah kesibukan sukan sekolah.
2 Comments