Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak, Sri Aman
Salam Merdeka.
Tahun ini, Sri Aman menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak. Saya berkesempatan meluangkan masa untuk merakam gambar-gambar journalism untuk acara yang penuh meriah ini.
Pertama sekali, cuaca mendung pagi ini kelihatan seperti akan membasahi bumi. Namun ianya diteruskan juga demi semangat cintakan Malaysia. Saya tiba di kawasan Kompleks Sukan Sri Aman sekitar jam 7.45 pagi. Dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan, saya mengambil langkah selamat untuk meletak kenderaan saya di Kampung Muhibbah, hanya beberapa minit berjalan menuju kompleks sukan. Sempat juga saya merakamkan karenah kanak-kanak yang berbangga dengan Jalur Gemilang di basikal mereka.
Setibanya saya di perkarangan kompleks sukan, acara telahpun bermula sehingga kepada ucapan Dato Amar Jabu Ak Numpang, dan kelihatan ramai rakan -rakan media dan jurugambar asyik dengan kamera masing-masing. Ada juga bertemu dengan kenalan yang lama tak berjumpa. Sebelum itu, saya sempat berbual dengan abang-abang tentera yang siap untuk persembahan tempur mereka sebentar lagi. Jadi sempatlah saya rakamkan aksi mereka seperti di bawah.
Kemudian, semua perhatian tertumpu kepada persembahan tarian raksasa dan diikuti dengan persembahan gempur oleh Angkatan Tentera.
Kemudian, acara tersebut ditamatkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Akhir sekali setelah acara tamat, perhatian pengunjung beralih arah kepada denguman motosikal berkuasa besar yang memasuki kawasan kompleks sukan. Semua acara ini tamat pada jam 9.00 pagi.
Terima kasih 🙂
3 Comments