Menu

Tagged / Wall post

White studio atau latar abstrak?

Hari ini adalah 11 hari kita berada di bulan Syawal. Tentunya ada di antara kita yang telah sempat ke studio untuk merakamkan potret bersama keluarga. Ia memang pelaburan yang sangat berharga, 10 tahun akan datang anda pasti lebih menghargai gambar yang anda rakamkan sekarang kerana nilai dan kenangan tersebut tidak mungkin akan berulang lagi. Ada di antara family yang bertambah ahli keluarga dan ada yang berkurangan. Jadi potret bersama inilah yang mengabadikan segala kenangan pahit manis bersama ahli keluarga. Ada yang berbadan besar sekarang, 10 tahun nanti slim mengalahkan artis, dan ada yang sebaliknya. Jadi adakah anda sudah berbuat demikian? Atau hanya merakamkan gambar anda dalam memori kamera anda sahaja? Jika anda mencetak gambar tersebut, ia memang langkah yang bijak kerana anda telah menjadikan imej yang anda rakam menjadi sebuah gambar. Saya sendiri berasa gembira kerana dalam tempoh raya lah saya banyak menghasilkan gambar berbanding imej (digital). Ia memberi kepuasan dan kegembiraan apabila melihat gambar tersebut di atas kertas.

Namun hari ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk memilih latar di studio samada jenis latar putih atau latar abstrak. Kedua-duanya memberi pengertian dan interpretasi yang berbeza.

w8R-ABP_1563

Latar Abstrak
Latar ini nampak klasik dan mahal apabila dah menjadi gambar. Ianya sesuai untuk semua jenis warna baju, samada baju putih, hitam, merah, berkilau, dull, dan warnanya pula haruslah contras dengan baju anda. Di studio saya, terdapat 6 jenis latar abstrak untuk dipilih mengikut kesesuaian warna baju anda. Ia penting untuk memberikan impak dan imej jelas semua individu dalam keluarga anda. Saya nasihatkan anda pilih studio yang menawarkan pelbagai latar untuk pilihan anda. Bagi saya, ia memang latar yang “evergreen” untuk digantung didinding rumah anda walaupun setelah 20-30 tahun akan datang.

ABP_1835

Latar Putih
Latar putih ini saya tegaskan TIDAK sesuai untuk baju yang berwarna seakan putih, dull, seperti kelabu, off white, cream. Ianya lebih sesuai untuk warna baju yang berwarna cerah, berwarna gelap, yang tidak berkilauan, warna yang vibrant. Ia akan menonjolkan warna tersebut sebagai contrast kepada warna putih. Sering kita beranggapan bahawa jika latar putih, kita boleh buat gaya “freestyle”. Ianya memang tidak menjadi masalah, tetapi, anda harus kenalpasti jurugambar yang dapat merakamkan wajah anda dengan tepat. Anda faham maksud saya? Wajah yang tepat bermakna, gambar tersebut hendaklah menunjukkan muka anda yang sebenarnya. Jika anda tengah tergelak besar dengan mulut ternganga disebabkan gaya “freestyle” tersebut, anda akan menyukai gambar tersebut pada kali pertama anda melihatnya dan tidak untuk kali kedua. Ini kerana, kerana aksi yang terlampau, wajah seseorang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Ini memang sangat rumit untuk diceritakan. Anda sendiri harus memilih gambar yang betul betul menunjukkan wajah anda yang sebenarnya.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis latar ini memang sesuai untuk potret family. Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kehendak dan warna baju anda. Yang penting, dapat nasihat jurugambar anda tentang latar abstrak atau latar putih yang anda sukai.

Abdillah
-Tukang gambar family di Studio Abadiphotography


IMG_9786

Mentoring Project?

Dalam kemeriahan menyambut kehadiran lebaran, saya terfikir tentang sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, iaitu mentoring.

Seperti rancangan “mentor” yang diterbitkan TV3, ia melibat seorang guru dan anak murid, mentor – protege. Alangkah beruntungnya protege kerana dia mendapat banyak ilmu dan pengalaman secara ‘first hand’ dari mentornya. Pelajaran dan pengalaman yang bertahun tahun yang dilalui oleh mentor pula adalah satu proses yang lama dan penuh dengan jatuh naik, perit getir, berliku-liku, penuh kontroversi, penuh dugaan, belanja ribuan ringgit dan banyak lagi rintangan. Yang pasti semua kejayaan mereka tidak datang bergolek. Ianya tidak trrjadi tanpa pengorbanan mereka mencari ilmu dan menimba pengalaman.

Pengalaman itulah yang memberi nilai kepada kejayaan mereka. Sehingga sampai masa, mentor ini telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Kejayaan inilah menjadi kepuasan kepada mereka. Alangkah beruntungnya kita, jika dapat menimba pengalaman dan pelajaran dari mentor ini. Kita dapat bediri dan bersahabat dengan mereka. Lebih mulia lagi kita bersahabat dengan orang yang berilmu.

Seperti zaman pendekar, mereka juga berguru dengan pak guru dan terus tinggal dan bersama dengan guru. Makan makanan yang sama, memenuhi arahan mereka dan menurut segala perintah. Tiba saatnya mereka menjadi hebat, sehenat guru mereka, malahan, lebih hebat dari guru mereka sendiri.

Jika berbalik kepada diri saya sendiri, dalam fotografi, saya hanya menghadiri kelas, ceramah, bengkel dan interaksi menimba ilmu seperti dlm kelas biasa. Ilmu yang diperolehi memang ada, tetapi adakah ianya sehebat berguru dengan mereka? Jawapan nya tentulah tidak. Pasti lebih banyak soalan dan kemusykilan yang timbul selepas menghadiri bengkel dan kelas sedemikian. Belek dan belek lagi nota dan handout yang diberikan, ada lagi yang masih tidak jelas dan perlu penjelasan.  Pada saat ini, kita terkial-kial mencari rujukan lain dan ingin bertanya kepada sesiapa saja yang dapat menjawab.  Jadi pada saat inilah, saya rasakan bahawa, perlu guru untuk kita belajar, dapat kita bertanya sekerap yang mungkin, terus bertanya pada masa kita tidak memahami, dapat kita mencontohi mereka melalui pemerhatian dan soalan-soalan kita.

Jelas, anda sendiri boleh berfikir, siapakah mentor yang anda inginkan?  Apakah yang anda akan perolehi dari mentor anda?

Ilmu kita boleh kongsikan, kita dapat aplikasikan ilmu yang kita pelajari, tetapi untuk mendapatkan hasil 100% seperti mentor kita adalah mustahil.  Tetapi kita akan dapat 200% lebih lagi dari mentor jika kita menguasai kemahiran mereka dan digabungkan dengan kemahiran kita sendiri.  Adakah anda ingin mempunyai mentor sekarang?  Pasti nya Ya.

Oleh itu, saya rasakan tiba masanya, dengan ilmu yang tidak seberapa, saya ingin kongsikan pengalaman, ilmu dan cara saya melihat dunia melalui kamera kepada sesiapa sahaja yang berminat.  Ya, minat itu penting.  Sebagai seorang guru saya memahami, bagaimana perasaan jika anak murid kita dapat menerima pelajaran kita.  Kita akan 2 kali lebih berbangga dengan mereka.  Untuk mereka yang meminati ilmu fotografi, yang sudah memiliki kamera slr, yang memerlukan pengetahuan asas dalam fotografi, inilah peluang anda mempelajari dan merasa sendiri kehebatan berguru dengan guru berbanding hanya membaca dan menilai sendiri.  Pastinya, anda berkali-kali ganda lebih cepat memahami fotografi berbanding kami.

Insyallah, kita ada permintaan dan pertanyaan, saya akan mula merangka bahan dan kandungan untuk menjadikan mentoring fotografi ini dijalankan satu hari nanti.
Amin.

Abdillah Ahmad

2021 © abadiphotography