Menu

Tagged / journalism

PMP khas buat pengguna Advance!

Salam sejahtera.

Modul PMP juga direka untuk mereka yang telah menguasai basic fotografi dengan baik, tetapi masih mencari resepi bagaimana mendapatkan gambar yang memberi impak. Dari segi editing juga, masih mencari apakah langkah yang baik untuk mengedit gambar sehingga mendapatkan hasil yang professional dan memberi impak kepada gambar yang sedia ada. Ini semua penting untuk mendapatkan sesebuah gambar yang menepati citarasa sendiri dan pelanggan.

PMP Advance Camera

PMP modul Advance Camera disasarkan kepada mereka yang meminati fotografi wedding, portrait dan journalism. Ini kerana saya merasakan ketiga-tiga sub bidang ini adalah kepakaran saya. Untuk itu, saya akan memberi pendedahan tentang cara saya menghasilkan gambar sehingga ke fasa editing. Saya akan berkongsi segala ilmu yang saya gunakan untuk menghasilkan gambar seperti yang anda dapat lihat pada galeri abadiphotography, facebook abadiphotography, album human interest pada facebook saya.

PMP Advance Editing

PMP modul Advance Editing pula juga disasarkan kepada mereka yang masih mencari identiti dalam editing. Semua editing yang saya akan kongsikan hanya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5 dan Camera Raw. Oleh yang demikian saya akan menerangkan amalan-amalan yang biasa saya paraktikkan dalam editing sehingga anda boleh menguasai beberapa teknik editing tersebut.

Jadi, gunakankanlah peluang ini untuk meningkatkan kualiti fotografi anda secara menyeluruh dan saya jamin anda pasti akan merasakan perubahannya dalam masa yang singakt. Selamat maju jaya!

Abdillah – Mentor, Photography Mentoring Project

wEG1

Kompsisi dan elemen penting sebelum merakam gambar juga sangat penting dalam fotografi selain fasa editing. Gambar sebegini akan memberikan impak yang ketara dalam gambar anda nanti

wEG2

Editing yang baik akan menambahkan mood dan memberikan kesan kepada gambar yang telah di-compose dengan baik

 


Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak, Sri Aman

Salam Merdeka.

Tahun ini, Sri Aman menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak. Saya berkesempatan meluangkan masa untuk merakam gambar-gambar journalism untuk acara yang penuh meriah ini.

Pertama sekali, cuaca mendung pagi ini kelihatan seperti akan membasahi bumi.  Namun ianya diteruskan juga demi semangat cintakan Malaysia.  Saya tiba di kawasan Kompleks Sukan Sri Aman sekitar jam 7.45 pagi. Dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan, saya mengambil langkah selamat untuk meletak kenderaan saya di Kampung Muhibbah, hanya beberapa minit berjalan menuju kompleks sukan. Sempat juga saya merakamkan karenah kanak-kanak yang berbangga dengan Jalur Gemilang di basikal mereka.

ABP_0002-budak-bendera

Jom kibarkan. Anak-anak dapat merasakan kemeriahan sambutan Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

ABP_0002-budak-bendera2

Semangat Kemerdekaan. Semangat kemerdekaan anak-anak muda mengibarkan Jalur Gemilang tanda cinta mereka terhadap negara

Setibanya saya di perkarangan kompleks sukan, acara telahpun bermula sehingga kepada ucapan Dato Amar Jabu Ak Numpang, dan kelihatan ramai rakan -rakan media dan jurugambar asyik dengan kamera masing-masing. Ada juga bertemu dengan kenalan yang lama tak berjumpa. Sebelum itu, saya sempat berbual dengan abang-abang tentera yang siap untuk persembahan tempur mereka sebentar lagi. Jadi sempatlah saya rakamkan aksi mereka seperti di bawah.

ABP_3616-Askar2

Sentiasa bersedia. Anggota tentera yang bersedia untuk mempamerkan aksi berani dan gagah mereka dengan persembahan tempur.

ABP_3616-Askar1

Bersedia. Antara anggota tentera yang bersedia membuat persembahan

Kemudian, semua perhatian tertumpu kepada persembahan tarian raksasa dan diikuti dengan persembahan gempur oleh Angkatan Tentera.

ABP_3694-grand

Bersama mengibar Jalur Gemilang dan Bendera Sarawak. Antara kenamaan yang turut hadir bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

wABP_3715

Berirama. Satu tarian yang sekata, membawa mesej yang jelas tentang perpaduan dalam kemerdekaan.

wABP_0333

Kibaran sekata. Berirama dan senada, lambaikan Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri dalam Malaysia

wABP_0377

Warna warni. Kemeriahan dapat dirasakan dengan jalur gemilang.

ABP_3616-Askar3

Bertenaga dan fokus. Persembahan penuh bersemangat dari Angkatan Tentera Malaysia

ABP_3616-Askar4

Gagah berani. Antara satu babak dalam persembahan gempur oleh Angkatan tentera

wABP_0251

Gagah dan berani. Wanita juga antara anggota tentera yang bersama mempersebahkan gerak tempur

Kemudian, acara tersebut ditamatkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.  Akhir sekali setelah acara tamat, perhatian pengunjung beralih arah kepada denguman motosikal berkuasa besar yang memasuki kawasan kompleks sukan.  Semua acara ini tamat pada jam 9.00 pagi.

ABP_3783

Vroom. Sebahagian daripada peserta motosikal berkuasa besar yang turut sama memeriahkan Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

wABP_3746

Semangat Cintakan Negara. Sebahagian peserta dalam persembahan raksasa sempena Perhimpunan Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 Peringkat Negeri Sarawak

wABP_3847

Basikal patriotik. Bujang Jawa, antara insan istimewa menzahirkan semangat cintakan negara dengan menghias basikalnya dengan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sarawak.

Terima kasih 🙂

2021 © abadiphotography