Tips untuk menghasilkan imej Silhouette yang berkesan
Salam sejahtera.
Hari ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman tentang silhouette. Ianya disebut dengan ‘siluet”. Silhouette merupakan imej bebayang atau menampakkan bayang2. Maknanya, subjek boleh dikenalpasti hanya dengan menampakkan seperti bayang-bayang. Ianya akan menarik dan cantik jika kita tahu sedikit sebanyak tentang asas menghasilkan gambar Silhouette.
Pada pengalaman saya, subjek untuk gambar Silhouette hendaklah jelas, tajam dan yang paling penting hendaklah menampakkan bentuk asal subjek tersebut. Jika anda ingin merakamkan gambar Silhouette, anda hendaklah memastikan bahawa subjek anda jelas bentuknya dan tidak bersambung antara satu sama lain. Elakkan subjek ada menghasilkan bebayang yang bersambung yang menyebabkan kita tidak dapat mengenal pasti subjek. Ini kerana, jika bebayang tersebut bersambung, imej Silhouette tersebut menjadi tidak kuat dan menjadi pengganggu kepada gambar. Oleh itu, tips pertama harus anda fikirkan sewaktu anda membuat komposisi ialah mencari angle terbaik untuk menampakkan bentuk sebenar dengan jelas subjek anda. Seperti gambar yang saya tunjukkan dalam post ini, semua subjeknya mempunyai jarak supaya bentuk badan manusia tersebut jelas dan tidak menghasilkan imej yang lain. Jadi ini akan memberi gambaran terus kepada audien tentang subjek tersebut hanya dengan sekali pandang. Lainlah, jika anda menghasilkan imej Silhouette yang bersambung dengan tujuan menampakkan bentuk yang lain. Namun secara ringkas, apa yang anda perlu tahu ialah memberi ruang kepada subjek supaya bentuknya jelas.
Silhouette yang jelas dapat memberikan impak dan penceritaan yang baik dalam gambar Selitkan unsur journalism. Usahakan untuk memberitahu audien anda tentang perkara yang berlaku dengan komposisi yang baik Subjek hendaklah jelas. Maka anda harus bergerak untuk mendapatkan sudut yang menyerlahkan bentuk subjek andaSeterusnya, ialah tentang exposure. Kebiasaannya, anda hanya perlu berada di belakang subjek dan matahari (sumber cahaya) untuk mendapat bayang-bayang. Untuk setting yang mudah, hanya gunakan metering menyeluruh seperti “evaluative”. Jadi kamera anda akan memberikan bacaan tepat untuk latar belakang dan anda akan lihat hasilnya. Anda harus berhati-hati dengan focusing. Walaupun subjek anda hanya seperti sebuah bayang2, ketepatan focusing, memberikan subjek anda nampak tajam sama penting dengan komposisi dan exposure.
Dan akhir sekali tips dari saya, cuba dapatkan momen yang tepat. Seperti gambar di bawah, Pak Cik yang tengah berdiri ini sebenarnya tengah duduk di perahu sebelah, menyedari kehadiran saya meneropong beliau dari belakang, dia terus bangun dan berdiri di atas tunggul, melihat kiri dan kanan dan terus berjalan. Jadi saya dengan pantas membuat komposisi dan menekan shutter pada saat dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Maka dapatlah satu bentu badan yang sempurna dan menampakkan dia sedang merokok. Menarik bukan. Jadi cubalah untuk menghasilkan imej Silhouette yang menarik dan jangan lupa kongsikan dengan saya di facebook. Selamat mencuba !!
Mendapatkan momment yang betul adalah penting untuk memberikan interpretasi yang lebih mendalam kepada imej
Sebagai rumusan, imej silhouette juga tidak semestinya mempunyai subjek yang hanya nampak seperti bebayang, ada juga subjeknya masih mempunyai details dan warna. Namun konsep menampakkan bentuk subjek yang jelas masih penting sebelum anda menekan shutter. Imej silhouette juga baik untuk menukar jenis gambar biasa kepada gambar yang luar biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.