Menu

Hire us for your Wedding Photography at only RM2500!

2500-2013-600px

Effective from 1st September 2013, our wedding package will start from RM2500.

Call us now for more details.

We have  packages that fit your need for professional quality images!

*For full quotation, please email us your wedding details.

Tips mendapatkan imej yang tajam

Adakah anda sentiasa mendapat imej yang BLUR?

YA, ini memang selalu berlaku kepada saya pada permulaaan saya memegang kamera slr.   Adakah anda juga mengalami masalah yang sama.  ‘Focusing’ memang tepat (hanya dengar bunyi buzzer untuk ‘focus.), tetapi imej yang dihasilkan masih tidak ‘sharp’?

Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya tentang imej blur ni.

Imej blur ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti, tangan bergegar, ‘slow shutter speed’, subjek bergerak pantas, subjek berubah kedudukan.  Imej blur yang tidak diinginkan ini telah menjadikan gambar yang anda telah  ‘compose’ baik, tetapi hilang detail disebabkan oleh faktor yang saya sebutkan di atas.

1.  Focusing yang tepat.  Pastika anda mendengar bunyi “beep” pada kamera, apabila menggunakan autofocus atau melihat indicator di dalam viewfinder anda kekal menyala (menyataka imej anda dalam ruang focus) apabila anda menggunakan manual focus.

2.  Tangan bergegar.  Ini salah satu perkara yang perlu anda latih dan latih sehingga anda berupaya menekan shutter hanya menggunakan  jari telunjuk anda.  Jika anda masih baru dengan SLR atau tidak biasa dengan sesebuah kamera, anda dapati anda susah nak menekan shutter berkenaan.  Anda boleh lihat sendiri di dalam cermin cara anda menekan shutter yang mungkin menyebabkan seluruh badan kamera bergerak.  Awas dengan keadaan ini.  Tips.  Pastikan anda menekan shutter semasa mata & pipi anda masih bersentuhan dengan kamera, kemudian jangan alihkan kamera terlalu cepat selepas menekan shutter, dan pastikan semuanya dah selesai barulah anda boleh alihkan kamera dari pipi dan mata anda.  Ia mungkin latihan yang nampak mudah, tetapi, ia akan menajamkan kemahiran anda menekan shutter.  Itulah yang saya lakukan.  Anda boleh berlatih menekan shutter tanpa gegaran dengan merakam teks pada surat khabar, menggunakan shutter speed 1/30, menggunakan focal length 50mm.  Saya sendiri pernah melihat tokoh fotografi terkenal Indonesia, Agah Permadi, berlatih menggunakan teknik ini.  Anda boleh cuba dan rasai perbezaannya.

3.  Slow shutter speed.  Ia adalah satu faktor yang mungkin anda tidak sedari kerana anda menggunakan mode “Aperture Priority”.  Pastikan anda menggunakan shutter speed tidak kurang dari 1/125 s untuk mengelakkan blur yang tidak disengajakan.  Ini penting jika anda sentiasa dalam keadaan yang mendesak anda untuk cepat.   Saya sendiri asyik menekan shutter tanpa menyedari imej yang saya ambil hanya menggunakan shutter speed 1/30s, 1/60s, dan menyebabkan banyak gambar saya nampak tidak sharp.  Jadi tips untuk anda, pastikan anda melihat skrin kamera anda setelah menekan beberapa frame untuk memastikan anda mendapat exposure yang tepat dan imej yang tajam.

4.  Subjek anda berubah kedudukan.  Pergerakan subjek secara tiba-tiba dan tidak terduga juga menyebabkan anda hilang focus.  Oleh itu, sentiasa awasi pergerakan subjek anda khususnya apabila mereka cuba bergerak ke arah atau menjauhi anda.   Ha.. untuk itu, ada gunakan fleksibiliti pinggang anda untuk mendapat ruang focus.  Atau, kamera anda boleh melakukan tugas untuk memfokus subjek yang bergerak ke arah anda, kehadapan dan kebelakang dengan menggunakan ‘continuous’ focusing mode pada kamera anda.  Kamera anda tidak akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ tetapi ia sentiasa mem-focus subjek yang bergerak.  Anda tidak perlu bergerak atau menekan banyak frame.  Anda perlu tekan button shutter tersebut separuh, biarka kamera anda lakukan focusing dan anda hanya perlu menekan shutter.  Untuk fungsi ini saya sangat berpuas hati dengan kamera Nikon.  Ia memang bertugas dengan baik untuk mode focusing tersebut.

Kesimpulannya, focusing, stabiliti dan ketepatan anda semasa menekan shutter adalah aspek penting untuk mendapatkan gambar yang tajam.  Ia sama penting dengan kepentingan mendapatkan exposure yang betul.  Jadi, anda boleh cuba sendiri langkah yang saya telah kongsikan agar kita sama-sama dapat meningkatkan mutu imej dan foto yang kita ambil.

Abdillah,

Mentor, Photography Mentoring Project


Photography Mentoring Project (Beginner Modul)

Salam sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Photography Mentoring Project (PMP), khususnya modul beginner.

Untuk modul ini, saya akan berkongsi tentang perkara asas dalam mendapatkan exposure yang betul, menggunakan focal length yang sesuai dan komposisi mudah.  Saya juga akan berkongsi tips tentang editing secara asas untuk menaikkan mood dan mesej dalam sesebuah gambar.  Gambar di bawah adalah contoh hasil gambar yang saya kira sebagai modul beginner.  Ia merupakan gambar yang nampak mudah untuk diambil, tetapi hakikat disebalik gambar tersebut, terdapat banyak faktor yang harus diambil kira sebelum kita menekan shutter.

Untuk editing, saya menggunakan adobe photoshop untuk menampakkan details dan menaikkan tone yang dikehendaki.  Seperti yang anda boleh lihat, saya akan mendedahkan tips untuk membuat editing mudah dengan cara yang mudah dan selamat.  “Selamat” bermakna kita boleh pergi semula ke gambar asal dalam proses editing.  Ini adalah cara yang saya amalkan dan saya akan dedahkan kepada pelajar saya dalam program PMP ini.

Proses editing ini adalah satu proses jangka masa panjang saya, dan melalui pembelajaran secara berguru dan pembacaan, saya kini senang bekerja dengan photoshop dengan gaya editing saya sendiri.

Saya yakin, anda pasti ingin mengetahui teknik dan tips dalam editing mudah ini, dan anda mampu untuk menguasainya jika berganding dengan guru secara intensif dan intim.

Contoh-Basic-Editing-1

Abdillah Ahmad

– Mentor, Photography Mentoring Project


White studio atau latar abstrak?

Hari ini adalah 11 hari kita berada di bulan Syawal. Tentunya ada di antara kita yang telah sempat ke studio untuk merakamkan potret bersama keluarga. Ia memang pelaburan yang sangat berharga, 10 tahun akan datang anda pasti lebih menghargai gambar yang anda rakamkan sekarang kerana nilai dan kenangan tersebut tidak mungkin akan berulang lagi. Ada di antara family yang bertambah ahli keluarga dan ada yang berkurangan. Jadi potret bersama inilah yang mengabadikan segala kenangan pahit manis bersama ahli keluarga. Ada yang berbadan besar sekarang, 10 tahun nanti slim mengalahkan artis, dan ada yang sebaliknya. Jadi adakah anda sudah berbuat demikian? Atau hanya merakamkan gambar anda dalam memori kamera anda sahaja? Jika anda mencetak gambar tersebut, ia memang langkah yang bijak kerana anda telah menjadikan imej yang anda rakam menjadi sebuah gambar. Saya sendiri berasa gembira kerana dalam tempoh raya lah saya banyak menghasilkan gambar berbanding imej (digital). Ia memberi kepuasan dan kegembiraan apabila melihat gambar tersebut di atas kertas.

Namun hari ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk memilih latar di studio samada jenis latar putih atau latar abstrak. Kedua-duanya memberi pengertian dan interpretasi yang berbeza.

w8R-ABP_1563

Latar Abstrak
Latar ini nampak klasik dan mahal apabila dah menjadi gambar. Ianya sesuai untuk semua jenis warna baju, samada baju putih, hitam, merah, berkilau, dull, dan warnanya pula haruslah contras dengan baju anda. Di studio saya, terdapat 6 jenis latar abstrak untuk dipilih mengikut kesesuaian warna baju anda. Ia penting untuk memberikan impak dan imej jelas semua individu dalam keluarga anda. Saya nasihatkan anda pilih studio yang menawarkan pelbagai latar untuk pilihan anda. Bagi saya, ia memang latar yang “evergreen” untuk digantung didinding rumah anda walaupun setelah 20-30 tahun akan datang.

ABP_1835

Latar Putih
Latar putih ini saya tegaskan TIDAK sesuai untuk baju yang berwarna seakan putih, dull, seperti kelabu, off white, cream. Ianya lebih sesuai untuk warna baju yang berwarna cerah, berwarna gelap, yang tidak berkilauan, warna yang vibrant. Ia akan menonjolkan warna tersebut sebagai contrast kepada warna putih. Sering kita beranggapan bahawa jika latar putih, kita boleh buat gaya “freestyle”. Ianya memang tidak menjadi masalah, tetapi, anda harus kenalpasti jurugambar yang dapat merakamkan wajah anda dengan tepat. Anda faham maksud saya? Wajah yang tepat bermakna, gambar tersebut hendaklah menunjukkan muka anda yang sebenarnya. Jika anda tengah tergelak besar dengan mulut ternganga disebabkan gaya “freestyle” tersebut, anda akan menyukai gambar tersebut pada kali pertama anda melihatnya dan tidak untuk kali kedua. Ini kerana, kerana aksi yang terlampau, wajah seseorang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Ini memang sangat rumit untuk diceritakan. Anda sendiri harus memilih gambar yang betul betul menunjukkan wajah anda yang sebenarnya.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis latar ini memang sesuai untuk potret family. Terpulang kepada anda untuk memilih mengikut kehendak dan warna baju anda. Yang penting, dapat nasihat jurugambar anda tentang latar abstrak atau latar putih yang anda sukai.

Abdillah
-Tukang gambar family di Studio Abadiphotography


Sesi Fotografi Fashion bersama Nazzib Samad The Bridal Department.

wABP_2196

Hari ini, kami sempat bersama dengan Team Nazzib Samad The Bridal Department untuk sesi photoshoot fashion di Studio.  Dengan kepakaran masing-masing, Nazzib Samad, Naem dan Nurhayat, dan Model: Bonny Razaly, merupakan satu tugas yang mudah dan cepat.  Setiap pose dapat disempurnakan dengan baik.  Tugas saya hanya memberikan setting pengcahayaan dan composition yang terbaik untuk membangkitkan details dan features setiap baju yang digayakan.

Ternyata, fashion photography tidaklah semudah yang kita lihat pada majalah, iklan.  Ia rumit dari sudut perancangan, konsep dan pelaksanaannya.

Syukurlah, ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.  Saya akan kongsikan beberapa gambar nanti apabila habis sesi photoshoot ini.

ABP_2836
wABP_2365
wABP_2615
wABP_2928

Selesai saja projek ini, sempat juga buat “family photo” sebagai tanda kenang-kenangan. Satu teamwork yang baik. Lihat saja jam menunjukkan 11.59 pm. Foto ini di rakam oleh pembantu saya Aqmar Afidzi yang setia sehingga hujung sesi.  Ternyata ianya satu proses menimba pengalaman yang berbaloi-baloi. Banyak perkara yang saya pelajari dari Bonny Razaly, yang berpengalaman bersama dengan jurugambar hebat negara menghasilkan fotografi fesyen, dan yang penting saya dapat “explore” banyak lagi tentang dunia fesyen.
wABP_3425

Terima kasih.
– Abdillah Ahmad


Logo PMP telah dilancarkan!

Salam Aidilfitri.

Inisiatif saya mewujudkan “Photography Mentoring Project” kini telah mendapat banyak enquiry dan pertanyaan baik dari rakan-rakan mahupun kenalan FB yang saya tidak kenali secara bersemuka.  Terima kasih atas perhatian dan pertanyaan tersebut.  Ini membuktikan bahawa program ini mendapat sedikit perhatian rakan-rakan terutamanya yang tidak mengenali saya secara bersemuka melalui Facebook.  Untuk itu, saya telah mencipta logo untuk projek ini supaya ia menjadi satu produk yang diingati dan dikenali.

Saya berharap program ini betul-betul memberikan manfaat kepada peserta dan individu yang menyertainya.  Ia mungkin satu usaha yang kecil, tetapi seperti yang saya lalui sendiri, ia sedikit sebanyak telah mengubah cara saya berfikir tentang fotografi dan akhirnya ia tergambar dalam setiap foto yang saya hasilkan.  Saya bertekad untuk menyampaikan segala kandungan dan ilmu tersebut dengan penuh komited dan ikhlas demi mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu tersebut.  Besar harapan saya agar usaha ini dikira sebagai satu ibadah dan sumbangan ilmu di sisiNYA.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah di laman web dan membaca sedikit perkongsian pandangan ini.

– Abdillah.


Tips sebelum anda hadir ke sesi fotografi studio

Di sini ingin saya kongsikan sedikit tips untuk anda yang akan hadir untuk fotografi hari raya di studio.

1. Pastikan anda menepati masa yang ditetapkan. Jika terdapat perubahan waktu atas pelbagai sebab, anda harus memaklumkan kepada pihak studio segera. Ini akan memudahkan kedua – dua pihak. Jurugambar dapat menguruskan tempahan dengan lebih cekap, dan anda juga tidak berisiko untuk menunggu lama disebabkan masa anda tadi telah diisi oleh “walk -in” customer.

2. Pakaian. Pastikan anda memakai pakaian yang paling sempurna. Untuk baju melayu lelaki, pastikan songkok anda bersih, butang baju melayu tersebut tidak rongak, gunakan stokin (kecuali anda sengaja tidak berstokin atau trend fesyen), kain samping dan pendek kata pastikan ianya sempurna. Untuk baju pihak wanita, biasanya tidak ada sebarang masalah kerana wanita memang teliti dalam bab berpakaian dan penampilan berbanding lelaki.

3. Datang awal sikit. Anda patut rancang perjalanan anda supaya anda boleh sampai ke studio awal, dtg 10 atau 5 minit lebih awal lebih baik kerana ada ruang untuk anda berehat dan menarik nafas lega. Tidaklah anda termengah mengah semasa di potret nanti. Ini menyumbang kepada qualiti gambr anda nanti.

4. Bawa mood yang baik. Aura positif hendaklah didorong agar dapat mendorong ahli keluarga yang lain untuk positif dan berada dalam keadaan mood yang baik. Ini menyumbang kepada kualiti gambar. Jurugambar mesti ingin anda untuk tersenyum. ًBagaimana nak senyum kalau hati anda belum stabil. Terdapat banyak perkaya yang menyumbang kepada emosi negatif, namun anda harus menangganinya sebelum anda turun ke studio.

4. Ikut arahan. Akhir sekali dari saya, anda bertindak mengikut arahan jurugambar. Jika anda ada sebarang idea yang anda rasakan baik, anda luahkannya dengan aura positif. Yakin dengan jurugambar anda supaya keikhlasan anda tergambar di wajah.

Abdillah
– jurugambar studio hari raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari abadiphotography.

 

Dengan rasa rendah diri, kami di Abadiphotography mohon kemaafan dan keampunan atas segala kekurangan dan kesilapan. Kami yakin, kekurangan tersebut tidaklah disengajakan, dan pastinya ianya tidak dapat dielakkan. Terima kasih atas sokongan anda selama ini yang menjadikan kami lebih matang dari hari-hari sebelumnya.

Untuk mereka yang bercadang untuk membuat sesi foto di Studio, kami alu-alukan kehadiran anda. Studio Abadiphotography kini tengah beroperasi sehingga 6 petang. Hari Raya kedua dan hari seterusnya, kami akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sila hubungi Abdillah 0128833944 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. Untuk yang telah membuat tempahan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih dan jumpa di studio!

 


Akan digantung!

Pastikan anda menyedari kehadiran banner yang akan kami pasangkan di beberapa lokasi strategik Bandar Sri Aman. Insyallah, banner ini akan siap digantung selewat-lewatnya esok.

Design.

Design banner kali ini lebih kurang sama dengan tahun lepas, dengan sedikit perubahan pada model.  Untuk kanak-kanak, masih sama seperti tahun lepas kerana gambar tersebut adalah antara gambar kanak kanak yang sangat “catchy” dan menarik sesiapa sahaja yang terpandang banner ini.

wDraft

wAbadi2013-C

wDraft2
 


Web-Promotion

Tempahan Kini dibuka untuk Studio Raya!

Tempahan kini dibuka!!

Hubungi saya, Abdillah 0128833944 untuk pertanyaan dan tempahan untuk sesi fotografi anda.

Studio akan dibuka bermula 2 petang hari raya pertama. Dan akan dibuka bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Diskaun 10%

Tidak lupa buat pelanggan wedding & pelanggan tahun-tahun lepas, kami memberikan anda 10% sebagai penghargaan kami kerana tetap memlilih abadiphotography untuk fotografi studio anda. Atas sokongan anda itulah, kami menerima semakin banyak tempahan demi tempahan tahun demi tahun.

Apa lagi, hubungi saya segera untuk tempahan.

– Abdillah

2021 © abadiphotography