Menu
IMG_9786

Mentoring Project?

Dalam kemeriahan menyambut kehadiran lebaran, saya terfikir tentang sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini, iaitu mentoring.

Seperti rancangan "mentor" yang diterbitkan TV3, ia melibat seorang guru dan anak murid, mentor - protege. Alangkah beruntungnya protege kerana dia mendapat banyak ilmu dan pengalaman secara 'first hand' dari mentornya. Pelajaran dan pengalaman yang bertahun tahun yang dilalui oleh mentor pula adalah satu proses yang lama dan penuh dengan jatuh naik, perit getir, berliku-liku, penuh kontroversi, penuh dugaan, belanja ribuan ringgit dan banyak lagi rintangan. Yang pasti semua kejayaan mereka tidak datang bergolek. Ianya tidak trrjadi tanpa pengorbanan mereka mencari ilmu dan menimba pengalaman.

Pengalaman itulah yang memberi nilai kepada kejayaan mereka. Sehingga sampai masa, mentor ini telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Kejayaan inilah menjadi kepuasan kepada mereka. Alangkah beruntungnya kita, jika dapat menimba pengalaman dan pelajaran dari mentor ini. Kita dapat bediri dan bersahabat dengan mereka. Lebih mulia lagi kita bersahabat dengan orang yang berilmu.

Seperti zaman pendekar, mereka juga berguru dengan pak guru dan terus tinggal dan bersama dengan guru. Makan makanan yang sama, memenuhi arahan mereka dan menurut segala perintah. Tiba saatnya mereka menjadi hebat, sehenat guru mereka, malahan, lebih hebat dari guru mereka sendiri.

Jika berbalik kepada diri saya sendiri, dalam fotografi, saya hanya menghadiri kelas, ceramah, bengkel dan interaksi menimba ilmu seperti dlm kelas biasa. Ilmu yang diperolehi memang ada, tetapi adakah ianya sehebat berguru dengan mereka? Jawapan nya tentulah tidak. Pasti lebih banyak soalan dan kemusykilan yang timbul selepas menghadiri bengkel dan kelas sedemikian. Belek dan belek lagi nota dan handout yang diberikan, ada lagi yang masih tidak jelas dan perlu penjelasan.  Pada saat ini, kita terkial-kial mencari rujukan lain dan ingin bertanya kepada sesiapa saja yang dapat menjawab.  Jadi pada saat inilah, saya rasakan bahawa, perlu guru untuk kita belajar, dapat kita bertanya sekerap yang mungkin, terus bertanya pada masa kita tidak memahami, dapat kita mencontohi mereka melalui pemerhatian dan soalan-soalan kita.

Jelas, anda sendiri boleh berfikir, siapakah mentor yang anda inginkan?  Apakah yang anda akan perolehi dari mentor anda?

Ilmu kita boleh kongsikan, kita dapat aplikasikan ilmu yang kita pelajari, tetapi untuk mendapatkan hasil 100% seperti mentor kita adalah mustahil.  Tetapi kita akan dapat 200% lebih lagi dari mentor jika kita menguasai kemahiran mereka dan digabungkan dengan kemahiran kita sendiri.  Adakah anda ingin mempunyai mentor sekarang?  Pasti nya Ya.

Oleh itu, saya rasakan tiba masanya, dengan ilmu yang tidak seberapa, saya ingin kongsikan pengalaman, ilmu dan cara saya melihat dunia melalui kamera kepada sesiapa sahaja yang berminat.  Ya, minat itu penting.  Sebagai seorang guru saya memahami, bagaimana perasaan jika anak murid kita dapat menerima pelajaran kita.  Kita akan 2 kali lebih berbangga dengan mereka.  Untuk mereka yang meminati ilmu fotografi, yang sudah memiliki kamera slr, yang memerlukan pengetahuan asas dalam fotografi, inilah peluang anda mempelajari dan merasa sendiri kehebatan berguru dengan guru berbanding hanya membaca dan menilai sendiri.  Pastinya, anda berkali-kali ganda lebih cepat memahami fotografi berbanding kami.

Insyallah, kita ada permintaan dan pertanyaan, saya akan mula merangka bahan dan kandungan untuk menjadikan mentoring fotografi ini dijalankan satu hari nanti. Amin.

Abdillah Ahmad

Comments are now closed.

2021 © abadiphotography
%d bloggers like this: