Menu

Categories / Wedding

Logo PMP telah dilancarkan!

Salam Aidilfitri.

Inisiatif saya mewujudkan “Photography Mentoring Project” kini telah mendapat banyak enquiry dan pertanyaan baik dari rakan-rakan mahupun kenalan FB yang saya tidak kenali secara bersemuka.  Terima kasih atas perhatian dan pertanyaan tersebut.  Ini membuktikan bahawa program ini mendapat sedikit perhatian rakan-rakan terutamanya yang tidak mengenali saya secara bersemuka melalui Facebook.  Untuk itu, saya telah mencipta logo untuk projek ini supaya ia menjadi satu produk yang diingati dan dikenali.

Saya berharap program ini betul-betul memberikan manfaat kepada peserta dan individu yang menyertainya.  Ia mungkin satu usaha yang kecil, tetapi seperti yang saya lalui sendiri, ia sedikit sebanyak telah mengubah cara saya berfikir tentang fotografi dan akhirnya ia tergambar dalam setiap foto yang saya hasilkan.  Saya bertekad untuk menyampaikan segala kandungan dan ilmu tersebut dengan penuh komited dan ikhlas demi mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu tersebut.  Besar harapan saya agar usaha ini dikira sebagai satu ibadah dan sumbangan ilmu di sisiNYA.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi singgah di laman web dan membaca sedikit perkongsian pandangan ini.

– Abdillah.


Azuan & Fadilawati

Satu lagi majlis yang kami tidak dapat lupakan adalah dari Kampung Bungin, Betong.  Pertama kali memasuki rumah pengantin, tetamu yang datang masing-masing membawa sebuah tin besar yang berisi kuih tradisional iaitu kuih sepit.  Ianya sangat unik dengan budaya bertukar juadah.  Layanan yang baik dari keluarga ini juga menjadikan kami tidak kekok untuk berada dalam majlis yang serba meriah ini.

Tahniah buat pasangan Fadilawati & Azuan.  Ini merupakan portfolio pertama kami dengan “Syariah Compliant”.  Semoga usaha murni kami ini disambut baik pada masa yang akan datang.  Terima kasih banyak2 buat Fadilawati kerana berkongsi niat yang sama iaitu menjadikan fotografi perkahwinan ini satu tugas yang membawa ke jalan yang dirahmati NYA.

 


Alvin & Angela : Holy Matrimony, Church of the Holy Family, Betong

Abadiphotography kali ni pula berpeluang untuk merakamkan majlis Holy Matrimony bagi pasangan sama cantik sama padan Alvin & Angela di Betong.Majlis yang simple dan tenang ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat sebelum majlis reception pada malamnya.  Sesi outdoornya pula kami rakamkan di bangunan yang dalam pembinaan disebabkan oleh hujan yang tidak berhenti.  Walaupun letih, kedua-dua pasangan ini tetap bersemangat untuk merakam detik indah mereka.

Buat Alvin, (pernah menjadi rakan sekerja) Tahniah! & Welcome to da Club. Buat Angela, terima kasih atas kepercayaan anda terhadap abadiphotography! (Angela pernah bersama dalam sesi outdoor sebelum ini)


Wedding: Vivi Aisyah & Azmi

Kali ini Abadiphotography diberi kesempatan untuk merakam detik bermakna pasangan Vivi & Azmi di Spaoh.  Majlis ini sangat meriah dan penuh dengan gelak ketawa.  Suasana gembira di setiap wajah dan yang tidak dapat kami lupakan ialah telatah saudara sebaya pengantin yang begitu berbakat dalam nyanyian.  Sana-sini memang ada saja lagu yang mereka nyanyikan menjadikan tugas kami lebih mudah dan menyeronokkan.

Gambar di atas merupakan beberapa snapshot pada majlis Akad nikahnya pada 1 Jun dan Majlis Persandingan mereka pada 2 Jun di Spoah.

 

2021 © abadiphotography